Selasa, 8 Januari 2013

PELANCARAN IM4U Peringkat PARLIMEN JEMPOL

Pada 31hb Disember 2012, Parlimen Jempol telah menjadi Parlimen Pertama di Malaysia yang melancarkan IM4U bagi parlimen Jempol. Atas permintaan YB DATO'HAJI LILAH B HAJI YASIN (Ahli Parlimen Jempol), sepasukan urusetia Kursus Transformasi Belia 2012 Parlimen Jempol telah pun diarahkan untuk membuat pelancaran IM4U Peringkat Parlimen Jempol. Dengan semangat kesukarelawan yang tinggi yang ditunjukkan oleh urusetia ini, maka usaha untuk mengumpulkan 1000 orang belia semasa Pelancaran IM4U Parlimen Jempol berhasil. Pelancaran yang bermula pada jam 5.00 petang digegarkan dengan nyanyian Lagu NEGARAKU, 1 MALAYSIA dan IM4U oleh kumpulan koir IM4U yang terdiri daripada peserta kursus. Selepas itu bacaan doa oleh Ustaz Amirus, diikuti oleh Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Haji Lilah b Haji Yasin dan seterusnya menandatangi bunting Majlis Pelancaran IM4U Parlimen Jempol. Selepas itu, belia mendengar taklimat daripada Pengarah Esekutif IM4U yang dibawakan khas daripada Jabatan Perdana Menteri iaitu Encik Kahar. Selepas tamat sessi taklimat, para belia dihiburkan dengan persembahan daripada Juara Idola Kecil 2 Dayana Amerda.

Selepas sessi pelancaran, pada malamnya pula, koir IM4U Parlimen Jempol membuat persembahan bersempena dengan Sambutan Tahun Baru 2013. Di harapkan dengan adanya IM4U Parlimen Jempol ini, anak-anak muda di Jempol akan terus lebar sayapnya dalam dunia kesukarelawan. :)

Galeri Gambar : Fahmy Ymc Freelancer, Zaiyanie Kaki Lensa






Pengarang, Azma Azhar